Friday, September 11, 2009

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN.

Assalamualaikum w.bt...
kini kita telah masuk hari 2 dalam ramadhan yang teramat penting dan teramat dirindui...iaini malam 10 terakhir yang mana didalamnya jika ada rezeki kita akan dihadiri malam istimewa lailatulqadar. RasullullahSAW bersabda jika minta apapun terutama keampunan akan pasti dikurniai olehNya. Dan InsyaAllah pada 20 hb September nanti kita akan menyambut hari kemenangan Aidil Fitri. Saya mewakili seluruh penduduk Lot 3139 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, mungkin terlalu awal untuk ucapan tersebut akan tetapi kemeriahan telah terlihat dikejiranan kita sejak seminggu ini.

Dalam pada itu jiran baru kita Saudara Shah dan isteri menjemput datang kerumah nya ( sebelah rumah saya ) pada hari sabtu ini 12 september 2009. Beliau ingin berkongsi idea penambahan pendapatan. Saya bukan promo tetapi saya lihat ada keyakinan pada projek ini dan kita cuba hadir dan beri perhatian.

InsyaAllah dirumah shah fitri pada sabtu ( esok ) 12 September 2009 jam 10.00 malam lepas terawih. ambil masa sejam. kita sama lihat apa yang akan diperkatakannya. Pada saya ini suatu cara juga untuk mengeratkan silaturahim. Beliau ni pemalu sikit but he's a great and talented guy in marketing too, macam Mat Uncle Hussein. Moga success Saudara Ahmad.

Setakat ini rumah yang stylo mylo menghiasi taman adalah rumah akibi, rasib dan zamani. Apa kata kita buat pertandingan mencantikkan rumah untuk raya ni?

Moga semua dapat hadir di rumah shah esok ada jamuan disediakan. Inquiry call saya 013-6688188 atau shah terus 016-2449159.

Salam.

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH

Kami ingin menjemput seluruh penduduk Lot 3139 lorong rabingan untuk menghadiri majlis berbuka puasa seperti terjadual berikut:
1. 7.22 ptg: Azan & Berbuka puasa.
2. 7.30ptg: Solat Maghrib Berjemaah.
3.7.40ptg: Solat sunat selepas maghrib & sambungan jamuan berbuka.
4. 8.35mlm: Azan Isyak & solat fardhu Isyak Berjemaah.
5. 9.00mlm: Tahlil Ringkas ( Kepada sesiapa yg ingin menumpang nama arwah sila ajukan nama arwah secara bertulis pada saya sebelum majlis ),
6. 9.15mlm: solat sunat tarawih berjemaah. ( 8 rakaat dan 3 witir )
7. 9.45mlm: zikir & tazkirah ringkas.
8. 10.00mlm: Sambungan jamuan dan bersurai.

Majlis akan diadakan pada 29 Ogos 2009 ( 8 Ramadhan 1430 H ) hari sabtu bertempat dirumah Presiden PPLRSS Saudara Akibi Tahir.

Seisi rumah diharap dapat menghadiri majlis tersebut. Moga diberkati.
Salam.

Monday, August 17, 2009

Pesanan dari Ustaz Md. rasul. Mudir Madrasah Tahfiz Jalan kebun.

Alhamdullillah kita rafakkan sembah dan syukur kehadrat Allah SWT atas kurnianya, majlis di rumah Saudara Zamani berjalan dengan sempurna semalam 16/08/09. Pada majlis tersebut yang mana telah diimamkan akan bacaan yassin / tahlil serta solat hajat oleh ustaz md rasul dan sahabatnya dari tahfiz tersebut. Kemudian solat fardhu zohor telah diimamkan oleh saya sendiri.
Pada solat hajat tersebut saya telah diamanahkan oleh tuan rumah untuk mewakili beliau dan saya telah mengajukan hasrat tuan rumah seisi keluarga untuk mohon hajat seperti dibawah:
1) keampunan dan rahmat;
2) keselamatan dari wabak H1n1;
3) keselamatan dari mudharat, rompakkan dan sihir bagi pplrss;
4) kemuliaan dan rahmat kepada seluruh keluarga en Zamani / kak noor, serta penduduk setempat.

Alhamdullillah Tuan mudir telah memberi tips yang boleh kita amalkan bersama iaini bacaan "Bismillahirrahmannirahim" dibaca 21 kali sebelum tidur. Dengan berkatnya akan terhindar kita dari mara bahaya dan mati mengejut. Moga Allah mengurniakan nauganNya pada kita semua.
Amin.

Saya juga mewakili seluruh penduduk PPLRSS mengucapkan terima kasih pada Tuan Rumah atas penyediaan makanan dari sabtu malam, sarapan pagi ahad dan jamuan tengahhari.

Moga dengan majlis2 seperti ini ukhwah kejiranan kita semakin kukuh dengan iman dan taqwa.

Salam. ( Biro Agama: Ikram ).

Thursday, August 6, 2009

Jemputan ke majlis Yassin di rumah Pak cik osman.

Assalamualaikum wbt;
Pak Cik Osman dan keluarga menjemput seluruh penduduk PPLRSS hadir kerumah nya pada hari Jumaat 7 Ogos 2009 ( 16 Syaaban 1430 ) untuk bacaan Yassin dan doa selamat. Program seperti berikut:
1) 7.30 ptg- Azan Maghrib.
2) 7.35 ptg- Solat Maghrib berjemaah.
3) 7.45ptg- Solat Hajat.( Utk Keselamatan Dari Mudharat )
4) 8.00mlm- Bacaan Yassin. dan doa selamat.
5) 8.40mlm- Solat Isyak.
6) 9.00mlm-Jamuan.

Pak Cik Osman Berharap semua penduduk dapat hadir. Meraikan Jiran tetangga adalah satu pekerti yang murni dan mendapat balasan pahala yang melimpah ruah. Moga2 kita semua dapat hadir meraikan majlis beliau.

sekian dari saya Ikram ( Biro Agama ) mewakili Pak Osman.

Wednesday, May 13, 2009

Bantuan Pemadaman Api Kebakaran Hutan

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Maklumat ringkas : -

Beberapa orang anggota bomba & penyelamat dan JKK Jalan Kebun telah ditempatkan berhadapan rumah Sdra Ikram mulai tengahari ini (13hb Mei '09) untuk mengawal dan memadam bara api dihutan yang telah terbakar sejak Isnin (11hb Mei '09)

Keluarga Sdra Ikram telah memberikan kerjasama dengan menyediakan kemudahan bersolat dirumah beliau kepada anggota bomba berkenaan dan minuman ringan.

Bagi pihak AJK kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Sdr. Ikram.

Terima Kasih

akibi